menyengat tapi tidak begitu menyakitkan

Rabu, 30 Disember 2009

Alahai DUN Damak

Sudah 3 penggal DUN Damak dikuasai oleh BN. Walaupun majoriti undi yang dikutip semakin berkurangan namun masih belum nampak pihak parti lain dapat mengalahkannya dalam pilihanraya akan datang. Majoriti pengundi dijangka masih selesa dengan kepimpinan yang sedia ada. Ketokohan ADUN Damak serta kesediannya bercampurgaul dengan penduduk di kampung-kampung telah menyumbang kepada kemenangan parti tersebut.

Namun disebalik penguasaan BN itu, kepimpinan Umno di kawasan DUN Damak mengalami kemerosotan yang amat ketara . Tiada lagi pemimpin Umno dari kawasan ini yang menonjol di peringkat bahagian Jerantut.Kemunculan pemimpin muda tidak dapat dilihat kewibawaannya. Apa yang ada hanyalah pemimpin lama yang masih bertelagah sesama sendiri untuk mendapatkan kedudukkan selesa di Umno bahagian Jerantut.

Sudah menjadi lumrah bagi setiap ahli politik untuk menjadi pemimpin di tempat sendiri, namun bagi pemimpin Umno di DUN Damak peluang ini amat sukar dicapai. Ini kerana DUN Damak telah dianggap sebagai milik MCA. Keadaan ini seolah-olah mematikan semangat ahli Umno untuk membina kekuatan parti kerana menyedari peluang pemimpin mereka menjadi ADUN tipis.

Kegagalan perancangan yang baik dipihak pembangkang juga dilihat amat ketara. Kekuatan pembangkang adalah diterajui oleh Pas namun hak meletakkan calun diserah kepada PKR. Keadaan ini telah memberi impak kepada Pas sama dialami Umno sekarang. Jentera politik PKR di Damak hanya 15 orang sedangkan jentera Pas lebih ramai dan tersusun.

Pihak atasan Pakatan Rakyat Pahang sepatutnya menilai perkara ini. Hak bertanding mesti diberi kepada Pas.Itu adat berpolitik. Yang ramai dan tersusun mesti diberi keutamaan kerana kerja-kerja pilihanraya bukanlah kerja kecil. Strategi mestilah menjurus kepada kemenangan dan jangan hanya berserah kepada nasib.

2 ulasan:

  1. Mentol,
    Penulis blog juga ibarat pelita minyak, memberikan cahaya tapi jika cahaya tetapi tiada pembaca....menjadi blogger harus bijak dan harus pelajari tekniknya, setiap sesuatu ada ilmunya yang harus dipelajari, teruskan usaha.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas pandangan saudara.

    BalasPadam